Wednesday 17 August 2011

Contoh Jawapan Soalan Moral

1. i)Huraikan 3 nilai yang patut yang diamalkan oleh setiap orang supaya perbuatan vandalisme di atas dapat dikawal.
a. Rasional. Setiap orang harus memikirkan kesan buruk jika melakukan vandalisme dan mengambil yang wajar dengan tidak melakukan vandalisme.
b.Mematuhi peraturan dan undang-undang. Setiap orang harusmenerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dengan tidak melakukan perbuatan vandalisme .
c.Bertanggungjawab. Setiap orang harus memikul dan melaksanakan kewajipan mereka sebagai sebagai anggota masyarakat dengan tidak melakukan perbuatan vandalisme.

ii)Nyatakan 2 kesan perbuatan vandalisme terhadap masyarakat setempat.
a.Masyarakat akan mengalami kesusahan apabila berlaku kecemasan.
b.Harta benda awam akan rosak.

iii) Cadangkan 2 cara bagaimana anda dapat mengatasi masalah vandalisme.
a. melaporkan kepada pihak berkuasa.
b.tidak melibatkan diri daripada terlibat dalan kegiatan vandalisme

2.

i)Nyatakan satu nilai yang perlu yang diamalkan agar kanak-kanak tidak diabaikan. (1m)
*melindungi hak kanak-kanak.

ii) Berikan maksud bagi nilai 2(i). (2m)
Membela, memberi baungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

iii) Nyatakan peranan bagi setiap pihak berikut dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak .
a. Masyarakat
*membuat laporan kepada kepada pihak berkuasa jika mendapati ada kes penderaan kanak-kanak.
*memberi bantuan dengan menyelamatkan mereka daripada didera.
*tidak melibatkan diri dalam kes penderaan kanak-kanak.
b.Kerajaan
*menguatkuasakan akta perlindungan untuk melindungi kanak-kanak seperti Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991.
*menambah dan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang mendera kanak-kanak.
*kerajaan menyediakan rumah kebajikan dan rumah perlindungan di bawah gelaran Jabatan Kebajikan Masyarakat.
*menubuhkan agensi-agensi kerajaan untuk memberiperhatian kepada isu kanak-kanak sperti Jabatan Kebajikan Kanak-kanak.
c.Badan bukan kerajaan
*menganjurkan  kempen atau kursus keibubapaan
*mendidik kanak-kanak dan memberi pengetahuan tentang cara melindungi diri daripada gangguan seksi.

d.Jelaskan 2 sebab kanak-kanak perlu dilindingi.
*Kanak-kanak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan perlu dijaga dengan penuh kasih sayang.
*Kanak-kanak merupakan golongan yang lemah d an tidak tersalah. Mereka perlu dilindungi dan mendapat keperluan asa seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggi dengan secukupnya.


3 i) Nyatakan satu nilai yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
*Kebebasan beragama.

ii) Berikan definisi nilai bagi jawapan di atas.
*Kebebasan beragama bermaksud kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang dipweruntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

iii) Nyatakan 4 kepentingan amalan di atas.
*a. mengekalkan amalan tradisi kekeluargaan
*b. mengeratkan hubungan keluarga.
*c. menghormati orang tua. / memupuk sikap menghormati antara anggota keluarga.
*d. menjalinkan kasih sayang antara anggota keluarga mengekalkan dan meningkatkan kebahagian keluarga.

iv. Namakan 3 aktiviti lain yang dapat dilakukan supaya setiap ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama.
a. menonton rancangan televisyen bersama-sama.
b.melakukan aktivit sukan spewrti bersenam bersama-sama.
c. makan bersama-sama.







4.Kejadian budi semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar.

a.Nyatakan 2 nilai yang sepatutnya diamalkan olen pelajar yang menbuli rakannya. (2markah)
*Kesederhanaan
*Harga diri

b.Berikan maksud kedua-dua nilai dalam 4(a) (4 markah)
*Kesederhanaan bermaksud bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan, atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
*Harga diri bermaksud keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

c.Nyatakan 2 kesan negatif yang dialami  oleh mangsa buli (2markah)
*takut
*Hilang keyakinan
*Malu
*Mengalami sakit jiwa

d.Nyatakan 2 tindakan yang sepatutnya anda ambil sekiranya ternampak rakan dibuli. (2markah)
*Melaporkan kepada guru /pihak sekolah.
*Membei nasihat kepada pembuli.


Terangkan maksud Penilian Kesan Alam Sekitar (PKAS/ EIA). (2 markah )
*Penilaian Alam Sekitar ialah satu kajian yang dijalankan secara teratur dan bersistem untuk mengenal pasti, meramal, menilai dan memberi maklumat tentang kesan sesuatu tindakan atau projek pada alam sekitar sebelum tindakan tersebut diluluskan dan dilaksanakan.

Nyatakan 2 jenis aktiviti atau projek yang perlu mendapat kelulusan PKAS. (2 markah)
*Pertanian
*Perumahan
*Lapangan terbang
*Perhutanan

Terangkan 2 nilai yang patut diamalkan oleh pengusaha projek di kawasan tanah tinggi.
a.Menyayangi dan menghargai alam sekitar. Pengusaha projek di kawasan tanah tinggi harus mempunyai kesedaraan tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekitar.
b.Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar. Pengusaha projek harus sedar bahawa keadaan saling memerlukan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam sekitar.

Ramalkan 2 kesan terhadap alam sekitar sekiranya pengusaha projek di kawasan tatan tinggi vgagal mematuhi syarat PKAS.
*Tanah runtuh
*Banjir kilat
*Hakisan tanah
*Kawasan tadahan air musnah.

5. Datuk: Rendahkan suara televisyen, Qi Bin. Nanti jangan ganggu jiran sebelah !
    Qi Bin: Suka hati sayalah.
    Datuk: Awak langsung tidak hormat akan orang tua.
    Qi Bin: Dah cukuplah atuk berleter. Jangan campur urusan saya.

a. Jelaskan 2 nilai yang patit diamalkan oleh Qi Bin terhadap datuknya. (4markah)
*Hormat dan taat kepada anggota keluarga. Qi Bin sepatutnya memberi layanan yang bersopan terhadap datuknya dengan mendengar nasihat dan tidak memarahi datuknya.
*Hemah tinggi. Qi Bin sepatutnya beradab sopan dan berbudi pekerti terhadap datuknya apabila bercakap.

b.Berikan 3 cara interaksi secara bersopan antara keluarga.
* Bercakap dengan suara yang rendah.
*tidak melawan cakap .
*Meminta maaf jika salah cakap.
*tidak menyinggung perasaan keluarga. (tambahan)

c. Nyatakan 3 aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga tua dengan muda.
*makan bersama-sama.
*menyambut hari perayaan / hari kebangsaan.
*melakukan aktiviti bersama seperti bersukan.

6. Mr.Zhou: Pencemaran sungai semakin ini berlarutan menyebabkan banyak kawasan yang berpotensi  untuk dijadikan tempat pelancongan telah terjejas.
   Qi Qi : Memang benar! Pelbagai kempen kesedaran tentang kepentingan sungai pentingan sungai  telah pun dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan NGO. Namun demikian, masih ramai yang mengabaikannya dan hanya memetingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan sungai.

a. Terangkan 2 nilai yang harus diamalkan olen rakyat untuk memastikan sungai tidak tercemar.
*Menyayangi dan menghargai alam sekitar. Rakyat harus mempunyai kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara sungai yang tercemar.
*Keharmonian antara manusia dengan sekitar. Rakyat harus menjaga dan memastikan sungai tidak tercemar agar kualiti kehidupan antara manusia dengan alam sekitar terpelihara.

b. Nyatakan 2 sebab berlakunya pencemaran sungai.
*Pembuangan sampah sarap.
*Pembalakan hutan secara haram
*Pembuangan sisa-sisa toksik oleh kilang.

c. Flora dan fauna penting untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar.
    Nyatakan 2 sebab berlakunya pencemaran sungai.
   i. Flora dan fauna akan pupus.
  ii.Suhu bumi akan meningkat menjejeaskan keseimbangan ekosistem.
  iii.ekopelancongan negara terjejas.

d. Nyatakan 2 projek atau aktivtiti yang memerlukan kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum dilaksanakan oleh pemaju.
*Pertanian
*Perumahan

7.




 a. Jelaskan 2 nilai yang diamalkan oleh angkasawan yang telah berjaya mengharumkan nama negara. (4 markah)
*cinta akan negara. Angkasawan  mempunyai perasaan sayang dan bangga kerana berjaya mengharumkan nama negara.
*Bertanggungjawab. Angkasawan mempunyai kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas sebagai rakyat untuk mengharumkan nama negara.

b.Nyatakan 3 cabaran yang ditempuhi oleh angkasawan untuk menjayakan misi tersebut. (3 markah)
*cabaran yang menguji ketahanan fizikal.
*Terpaksa latihan padat dan berisiko tinggi.
*Ketahanan mentah.

c.Berikan 3 kebaikan pelaksanaan Program Angkasawan Malaysia terhadap kemajuan negara. (3markah)
*dapat menaikanm imej negara
*menaikkan minat rakyat dalam bidang angkasawan lepas.
*Malaysia setanding dengan negara lain
*memupukkan sikap Malaysia Boleh

8.Kerajaan mengizinkan pelbagai pihak menubuhkan syarikat menerbitan akhbar mereka sendiri, namun perlu mengikut peraturan dan perlembagaan Malaysia.

a. Perayaan di atas berkaitan dengan nilai kebebasan bersuara. (2markah)
Berikan maksud nilai tersebut.
*Kebebasan bersuara bermaksud kebebasan berucap dan bercakap dan mengeluarkan buah fkiran dengan batasan btertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

b.Berikan 3 conton akhbar yang terdapat di Malaysia. (2markah)
*Sin Chew Daily
*Nan Yang Siang Pau
*The Star
*Utusan Malaysia (tambahan)

c.Nyatakan 2 sebab rakyat harus peka dengan isu-isu sensitif ketika menyuarakan pendapat mereka. (2markah)
*supaya tidak menyinggung perasaan kaum yang lain.
*supaya dapat menjamin keharmonian dan kesejteraan hidup antara kaum tanp[a berlaku sebarang perselisihan.

d. Sebagai murid, terangkan 2 cara anda mengamalkan nilai kebebasan bersuara di sekolah. (4 markah)
*Sebagai murid, kita boleh memberi pendapat tentang sesuatu program yang dijal;ankan di sekolah seperti program keceriaan sekolah.
*Sebagai murid, kita bebas bergaul dengan semua murid di sekolah tanpa menyinggung perasaan orang lain.

No comments:

Post a Comment