Wednesday 17 August 2011

Contoh Jawapan Esei Moral

Soalan:
Komuniti Taman Muhibah terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Penduduk di sini sentiasa hidup secara aman dan harmoni sejak turun-temurun. Mereka juga bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti komuniti.
 Huraikan nilai-nilai yang diamalkan oleh Komuniti Taman Muhibah.     (10markah)

Jawapan:
Nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh Komuniti Taman Muhibah ialah HIDUP BERSAMA SECARA AMAN. Komuniti Taman Muyhibah hidup berbaik-baik antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya. Contohnya, penduduk di sini sentiasa hidup secara aman dan harmoni sejak turun-temurun. Komuniti Taman Muhibah juga mengutamakan kedamaian dan kerharmonian demi kesejahteraan sejagat. Misalnya, penduduk Taman Muhibah saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain demi menjaga kedamaian dan keharmonian hidup.

Nilai kedua yang diamalkan olen komuniti Taman Muhibah ialah SALING MENBANTU DAN BEKERJASAMA. Usaha yang baik dilakukan bersama dalam kalangan penduduk Taman Muhibah untuk menjalankan aktiviti komuniti. Contohnya, penduduk Taman Komuniti bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti komuniti. Usaha yang membina dilakukan oleh setiap individu untuk mencapai matlamat hidup dalam kalangan penduduk Taman Komuniti. Misalnya, penduduk Taman Komuniti bekerjasama untuk memastikan matlamat hidup bekerjasama antara satu sama lain dicapai.

Soalan 2:
Cabaran ketiga daripada sembilan cabaran untuk merealisasikan Wawasan 2020 ialah membangunkan masyarskst demokratis yang matang.
Merujuk kepada cabaran di atas, bincangkan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia dalam merealisasikan wawasan tersebut.

Jawapan:
Nilai yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia dalam merealisasikan wawasan tersebut ialah MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG. Rakyat Malaysia harus menerima peraturan dan undang-undang negara Malaysia. Contohnya, sebagai rakyat negara ini perlu mematuhi undang-undang yang digubal oleh parlimen Malaysia untuk menjamin kepentingan dan kebaikan bersama.
Rakyat juga harus mematuhi peraturan dan undang-undang negara.Misalnya, mereka bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang negara.

Nilai kedua yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia ialah BERTANGGUNGJAWAB. Masyarakat Malaysia harus memikul kewajipan dan tugas sebagai rakyat bagi melaksanakan wawasan 2020. Contohnya, Rakyat Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan walaupun Malaysia merupaka negara yang demokrasi. Rakyat Malaysia juga harus melaksanakan kewajipan mereka dengan sempurna dalam menjayakan wawasan 2020. Misalnya, Rakyat Malaysia mengamalkan peraturan dan undang-undang berdasarkan konsep demokrasi berparlimen.

Jawapan Tambahan:
Nilai: Kebebasan Bersuara
Huraian 1:Rakyat Malaysia bebas berucap dengan batasan tertentu.
Cth1:Rakyat Malaysia tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengugat keamanan.
Huraian 2: Rakyat Malaysia juga bebas mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu.
Cth2:Rakyat Malaysia bebas memberi pendapat berdasarkan lunas undang-undang.

2 comments: