Wednesday 17 August 2011

Nilai-nilai Moral (Tingkatan 4 & 5)

NILAI-NILAI MORAL
Bab 1
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN: Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam (1m) dan mematuhi segala suruhan-NYA (1m) berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun Negara.
AMANAH: Sikap bertanggungjawab (1m) yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain (1m).
HARGA DIRI: Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan (1m) dan menjaga maruah diri (1m) dalam kehidupan.
BERTANGGUNGJAWAB: Kesanggupan diri  seseorang  untuk  memikul (1m) dan melaksanakan tugas (1m) serta kewajipan dengan sempurna.
HEMAH TINGGI: Beradab sopan (1m) dan berbudi pekerti mulia (1m) dalam pengaulan seharian.
TOLERANSI: Kesanggupan bertolak ansur (1m), sabar (1m) dan mengawal diri (1m) bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
BERDIKARI: Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu (1m) tanpa bergantung kepada orang lain.
KERAJIANAN: Usaha yang berterusan (1m) penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju (1m) dalam melakukan sesuatu perkara.
KASIH SAYANG: Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan (1m) yang lahir daripada hati yang ikhlas (1m).
KEADILAN: Tindakan dan keputusan yang saksama (1m) serta tidak berat sebelah (1m).
RASIONAL: Boleh berfikir (1m) berdasarkan alas an dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan tindakan yang wajar (1m).
KESEDERHANAAN: Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan (1m) sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain (1m).




BAB 2
KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA : Perasaan cinta , kasih dan sayang yang mendalam (1m) dan berkekalan terhadap keluarga(1m).
HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARDA: Memuliakan setiap anggota keluarga (1m) dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan (1m) untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN : Menerima, menghormati, dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan (1m) yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga (1m).
TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA: Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga (1m) untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga (1m).
Bab3
MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR : Kesedaran tentang perlunya memelihara(1m) dan memulihara alam sekitar (1m) untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR: Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam sekitar  (1m) supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekitar terpelihara (1m).
KEMAPANAN ALAM SEKITAR: Pengekalan keseimbangan alam sekitar (1m) sebagai tanggungjawab bersama (1m) untuk kesejahteraan hidup.
PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR: Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar (1m) dan berusaha menyelesaikannya (1m).
Bab4
CINTA AKAN NEGARA : Perasaan sayang dan bangga akan Negara (1m) serta meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri.
TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN KELUARGA: Kepatuhan (1m) dan kesetiaan (1m~) yang berkekalan kepada raja dan Negara (keterangan untuk 1m&1m~).
SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA : Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu (1m) termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara.
Bab5
MELINDUNGI KANAK-KANAK : Membela , memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak (1m) bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna (1m).
MENGHORMATI HAK WANITA : Melindungi dan mengiktiraf wanita (1m) sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembanguanan keluarga, masyarakat dan keluarga (1m).
MELINDUNGI HAK PEKERJA : Menghormati, menghargai dan mengiktiraf (1m) perkhidmatan , jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam perkembangan Negara (1m).
MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA: Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya (1m) supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan (1m).
MELINDUNGAN HAK PENGGUNA: Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna (1m) yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti (1m) dan tidak mudah dieksploitasi (1m).
MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA : Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang upaya (1M) supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf  mereka sebagai insane ciptaan Tuhan (1m)
MELINDUNGI HAK PENGGUNA: Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna (1m) yang berilmu, mendapat  perkhidmatan serta barangan yang berkualiti (1m) dan tidak mudah dieksploitasi (1m).
BAB 6
MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG: Menerima (1m) dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan (1m) tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berlaku.
KEBEBASAN BERSUARA : Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.
KEBEBASAN BERAGAMA : Kebebasan setiap individu untuk mrnganuti dan mengamalkan agamanya (1m) seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia (1m).
PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA : Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara (1m) dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia (1m).
SIKAP KETERBUKAAN : Bersedia memberi (1m) dan menerima pandangan , pembaruan dan kritikan (1m) selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia (1m).
HIDUP BERSAMA SECARA AMAN : Hidup berbaik-baik (1m) antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup (1m) tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
SALING MENBANTU DAN BEKERJASAMA: Usaha yang baik dan membina (1m) yang dilakukan bersama (1m) pada peringkat individu , komuniti atau Negara untuk mencapai sesuatu matlamat (1m).
SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA: Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara (1m) untuk menjamin kesejahteraan sejagat (1m).















No comments:

Post a Comment